suria

Saingan Dua Penjuru Di Kuala Besut

DUA BERTANDING… Calon Barisan Nasional,Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bersama Calon PAS Azlan Yusof @ Che Long selepas selesai menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan calon DUN N 01 Kuala Besut di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Terengganu pada Jumaat . -Foto BERNAMA

BESUT: Menepati jangkaan, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Wakil BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof diumumkan sah bertanding bagi kerusi DUN Kuala Besut.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A. Rahim Jusoh mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang pencalonan masing-masing daripada BN dan PAS sehingga proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan.

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Artikel Lain