suria

Prosiding RCI Pendatang Asing Sabah Disambung Semula 15 Julai

KOTA KINABALU: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah akan disambung semula selama sembilan hari dalam dua sesi - 15 Julai hingga 19 Julai dan 22 Julai-25 Julai.

Setiausaha RCI Pendatang Asing di Sabah Datuk Saripuddin Kasim berkata prosiding akan dijalankan di Mahkamah Persekutuan di sini mulai 9.30 pagi.

Setakat ini, seramai 171 saksi selesai memberi keterangan di hadapan suruhanjaya dalam lapan sesi sejak Januari lepas, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Pada Mac lepas, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenan pelanjutan masa suruhanjaya selama enam bulan dari 21 Mac hingga 20 September.

Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Panel itu juga dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas timbalan ketua menteri, yang juga bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman J.Luping. - BERNAMA

Artikel Lain