suria

Kabinet Kekal Keputusan Akan Mansuh Akta Hasutan – Subramaniam

Subramaniam.
Subramaniam.
Subramaniam.

PUTRAJAYA: Kabinet kekal dengan keputusan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bilakan Akta berkenaan akan dimansuhkan.

Perkara itu berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas bahawa Akta Hasutan 1948 itu akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang baru.

“Kita perlu meletakkan Akta Keharmonian (Nasional) bagi memastikan kestabilan politik dan keharmonian kaum, dan isu-isu sensitif kepada pelbagai masyarakat di Malaysia dapat ditangani daripada ia dieksploitasi.

“Jadi, apabila adanya perlindungan, barulah kita akan memansuhkan Akta Hasutan suatu hari nanti,” kata Dr Subramaniam selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet pada Jumaat.

Artikel Lain