suria

Dewan Rakyat Lulus Usul Junjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat malam Khamis meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 25 Jun lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.

Proses undian usul yang dibawa oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sidang Dewan akan disambung Isnin. - BERNAMA

Artikel Lain