suria

Syarikat Didenda RM30,000 Kerana Lakukan Kerja Tanah Di Bukit Relau Tanpa Kebenaran PBT

GEORGE TOWN: General Accomplishment Sdn Bhd didenda sebanyak RM30,000 atau penjara tiga tahun kerana menjalankan kerja-kerja tanah di Bukit Relau tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan.

Pengurus Besar syarikat itu, Rohana Shariff, mengaku bersalah pada Khamis atas dakwaan bagi pihak syarikat itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Khairul Anuar Abdul Halim.

Dia didakwa mengikut Seksyen 70A (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang membawa hukuman maksimum sehingga lima tahun di dalam penjara atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar melakukan pendakwaan manakala syarikat itu diwakili peguam Ang Chun Pun dan Loh Khoon Yeow.

Artikel Lain