suria

Pengundi Kuala Besut Perlu Celup Jari - SPR

BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah baik kaedah penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mewajibkan pengundi mencelup jari mereka berbanding prosedur yang digunakan sebelum ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu tidak lagi menggunakan kaedah mencalit seperti yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan terus digunakan dalam PRK Kuala Besut.

"Tetapi kali ini pengundi-pengundi perlu mencelup jari telunjuk kiri mereka ke dalam dakwat kekal," katanya pada Rabu.

Pengenalan prosedur baru ini dibuat berikutan rungutan banyak pihak bahawa kaedah mencalit dakwat kekal pada jari yang digunakan buat kali pertama pada PRU-13 lalu tidak kekal seperti yang dijanjikan.

Sebelum ini Abdul Aziz juga dilaporkan berkata bahawa pihaknya akan menggunakan dakwat kekal baharu yang lebih tahan lama dalam usaha menambah baik penggunaannya.

Artikel Lain