suria

Pemandu Lori Kontena Maut Dalam Kemalangan Di Jalan KK-Tambunan

TAMBUNAN: Seorang pemandu lori kontena maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas di Jalan Kota Kinabalu-Tambunan berhampiran Pusat Penerangan Rafflesia kira-kira 29km dari balai bomba daerah itu pada Rabu.

Pemandu lori yang dikenali sebagai Otong Harun, 48, dan berasal Kampung Pinggan-Pinggan Pitas, bahagian pantai utara Sabah itu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderan berat itu terbabas.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Affendy K Ramin, yang mengesahkan kejadian itu, berkata 10 anggota bomba dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.38 pagi.

Menurutnya pasukan bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 9 pagi.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 9.45 pagi dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital Tambunan," katanya.

Mohd Affendy berkata punca kemalangan masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain