Pakatan Rakyat Cadang Usul Pinda Titah Agong Berkaitan PRU-13 - Semasa | mStar

Pakatan Rakyat Cadang Usul Pinda Titah Agong Berkaitan PRU-13

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul meminda titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan gesaan baginda supaya semua parti politik menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu dibuat berikutan kedua-dua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) dalam proses mengemukakan petisyen keputusan pilihan raya.

Justeru beliau berkata, adalah tidak wajar jika mengatakan semua pihak menerima keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu.

"Kita menyambut dan menjunjung kasih titah Tuanku, soal pilihan raya petisyen juga telah dikemukakan oleh kedua-dua Pakatan dan BN.

"Kita sedang mengkaji untuk kemuka pindaan kerana kita tidak fikir wajar usul titah diraja itu dimasukkan sokongan penuh terhadap keputusan PRU-13," katanya pada sidang media di Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata sekiranya titah Yang di-Pertuan Agong disokong, bermakna petisyen pilihan raya yang difailkan oleh PR dan BN akan menjadi tidak sah.

Sebelum ini PR telah memfailkan lebih 20 petisyen bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membantah keputusan PRU-13.

Sementara, BN turut memfailkan 21 petisyen mengenai salah laku sewaktu PRU-13.

Pada PRU-13 lalu BN telah memenangi 133 kerusi Parlimen dan PR hanya 89 kerusi.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata PR akan memberi sokongan untuk PRK Kuala Besut.

"Kita akan guna apa juga cara sekalipun untuk memenangkan calon PAS untuk kerusi tersebut.

"PAS perlu menang dan jentera-jentera sudah mula turun padang," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain