suria

MP K.Terengganu Gesa Nazri Campur Tangan Selesai Isu Pasar Payang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja menggesa Kementerian Pelancongan melalui Menterinya, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz campur tangan dalam menyelamatkan bangunan Pasar Payang daripada dirobohkan.

Menurut Kamarul, isu tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Nazri dan beliau akan melihat isu ini selanjutnya.

"Saya meminta jasa baik beliau (Nazri) untuk menasihatkan kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan pembangunan semula Pasar Payang seperti mana penyelesaian isu "Jonker Street" di Melaka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang berkata, ramai peniaga di Pasar Payang kini dalam kebimbangan kerana sudah ada pihak yang membuat ukuran, bancian di dalam pasar.

"Pembangunan semula Pasar Payang ini akan menjelaskan 900 peniaga Bumiputera," katanya.

Tambah beliau, memo bantahan daripada 22 NGO juga telah dibuat dan diserahkan kepada Perdana Menteri pada 23 Februari lalu sewaktu mengadakan lawatan di Pasar Payang dan Hentian Bas.

Tapak Pasar Payang itu akan di bina hotel lima bintang setinggi 30 tingkat dan pangsapuri 30 tingkat.

Artikel Berikut

Artikel Lain