Mansuh Akta Hasutan: Nazri Dan Ahmad Zahid Punya Pendirian Berbeza - Semasa | mStar

Mansuh Akta Hasutan: Nazri Dan Ahmad Zahid Punya Pendirian Berbeza

Ahmad Zahid (kiri) dan Nazri.
Ahmad Zahid (kiri) dan Nazri.

PETALING JAYA: Dua menteri mengambil pendirian yang berbeza terhadap Akta Hasutan 1948 dengan seorang mahu memansuhkannya dan seorang lagi mahu ia dikekalkan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk memansuhkan Akta itu manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bahawa Akta tersebut perlu kekal kerana pemansuhannya mungkin membawa kepada pertikaian terhadap aspek-aspek teras tertentu dalam Persekutuan Perlembagaan.

Nazri yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Peguam Negara sedang melihat untuk pemansuhan Akta berkenaan.

"Kami komited untuk meneliti pemansuhan itu.

"Bagaimanapun, ia adalah penting bahawa apabila kita memansuhkannya, kita masih memerlukan satu Akta yang boleh menjaga keharmonian dan perpaduan di antara rakyat Malaysia daripada kumpulan etnik yang berbeza," katanya kepada pemberita selepas melawat Kellie’s Castle di Batu Gajah ketika melancarkan projek menaik taraf pelancongan di sini Ahad.

Zahid, yang merupakan Naib Presiden Umno, memberitahu pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa di Putrajaya berkata, pemansuhan Akta ini boleh membawa kepada pertikaian mengenai empat aspek dalam Perlembagaan.

Menurut Zahid, aspek empat teras itu adalah hak istimewa orang Melayu, status Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mahu Akta tersebut dikekalkan supaya ianya tidak akan dipersoalkan.

"Kabinet tidak boleh membuat keputusan untuk memansuhkan (Akta), tetapi (ia boleh mencadangkan) untuk meminda.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan sepenuhnya, (mana-mana pihak) akan mempunyai hak untuk menyentuh empat perkara ini walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya tidak akan bertolak ansur jika ada pihak yang mahu menyentuh mana-mana empat aspek utama Perlembagaan.

"Mereka yang berbuat demikian, mesti didakwa di bawah Akta Hasutan 1964 yang sedia ada," kata Ahmad Zahid.

Pada Julai 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta itu dengan menggubal Akta Keharmonian Nasional yang baru.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MIC Sokong Akta Hasutan Dikaji Semula

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.