suria

Garis Panduan Baru BNM Akan Bantu Kurangkan Hutang Isi Rumah

KUALA LUMPUR: Garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) bagi pinjaman perumahan dan peribadi akan membantu mengurangkan hutang isi rumah di negara ini dan menggalakkan pembiayaan bertanggungjawab dan pertumbuhan kredit pengguna yang mapan.

Di bawah garis panduan baharu itu, pembeli hartanah tidak lagi di beri opsyen untuk membuat pinjaman bagi tempoh lebih daripada 35 tahun. Sesiapa sahaja yang membuat pinjaman peribadi kini hanya boleh berbuat demikian bagi tempoh sehingga 10 tahun.

Pengurus Perhubungan Awam iProperty Group, Debbie Pereira, berkata garis panduan itu akan memberi kesan kepada generasi muda yang akan berdepan garis panduan lebih ketat dalam pembelian rumah mereka.

"Ia tidak akan memberi kesan kepada generasi lebih tua. Justeru itu, jualan rumah dijangka tidak terjejas," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen "Happily Ever After Home Campaign" syarikat di sini, Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain