Had Tempoh Pinjaman Ditetapkan BNM Tidak Jejas Pertumbuhan Ekonomi Negara - Ahmad Husni - Semasa | mStar

Had Tempoh Pinjaman Ditetapkan BNM Tidak Jejas Pertumbuhan Ekonomi Negara - Ahmad Husni

Ahmad Husni.
Ahmad Husni.

IPOH: Pertumbuhan ekonomi domestik tidak akan terjejas walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kerana pertumbuhan dalam negara mempunyai asas utama yang disokong oleh pelbagai sektor.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pertumbuhan ekonomi negara turut bergantung kepada perbelanjaan dan pelaburan swasta di samping perbelanjaan kerajaan.

"Asas utama pertumbuhan dalam negara sudah ada. Kita mahu sektor perbankan yang berkualiti tinggi, yang bermakna kecairan sektor perbankan tidak akan terjejas."

"Pelabur, sektor korporat dan usahawan akan lebih mudah mendapat pinjaman. Apabila kita tingkatkan kualiti perbelanjaan rakyat dan sektor perbankan, ia juga menyumbang kepada pembangunan negara," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Sebelum itu, beliau merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan di Perpustakaan 1Malaysia, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi di sini.

Katanya dengan langkah baru BNM itu, pengeluaran pinjaman dijangka berkurangan, namun ia tidak akan menjejaskan keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan swasta serta belanjawan kerajaan yang mempunyai asas kepada keseluruhannya.

"Dalam sektor perbankan, dasar pinjaman pada masa sekarang tinggi. Kita lihat dalam konteks pembayaran, Sistem Bayaran Minimum (MPS) begitu rendah serta mahu menuju ke arah penggunaan isu rumah yang mesti ada daya mampu yang tinggi," katanya.

Jika mempunyai daya mampu yang rendah, Ahmad Husni berkata, ada yang akan meminjam dari institusi yang berada di luar kewangan formal dan ia bukan satu amalan yang baik di samping berdepan kesukaran kerana kerajaan mahu mengukuhkan sistem ekonomi formal pada masa kini.

Katanya, langkah BNM yang berkuat kuasa serta merta itu juga mampu mengubah budaya berbelanja yang lebih positif.

Adalah menjadi kebimbangan apabila kajian BNM mendapati rakyat Malaysia yang meminjam akhir membawa pulang gaji bersih yang sedikit akibat begitu mudah mendapat pinjaman peribadi dan tempoh pembayaran yang begitu panjang, katanya.

"BNM berharap bahawa pinjaman peribadi itu mestilah ke arah yang produktif kerana terdapat ramai individu yang meminjam untuk perkara yang tidak penting.

"Jadi perbelanjaan luar kawalan itu yang kita mahu elakkan," katanya.

Selain kualiti pinjaman yang tinggi, langkah BNM itu juga dapat mewujudkan rakyat berpendapatan pendapatan tinggi untuk kehidupan mereka, katanya.

"Bagi jangka panjang, kita melihat aspek tahap gaji rakyat dan di sinilah pentingnya kita pastikan pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dapat dicapai."

"Ini bermakna apabila pertumbuhan yang disasarkan menuju kepada negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI) tinggi, ini akan membolehkan agihan pendapatan kepada pekerja sektor swasta dan awam untuk meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.

Ahmad Husni berkata, dasar mengenai perkara itu telah ada melalui program Transformasi Ekonomi dan ia sedang menuju kepada prestasi yang boleh dicapai oleh negara walau pun mulai tahun ini hingga 2020 adalah satu keadaan yang begitu mencabar kerana pertumbuhan ekonomi dunia mencatatkan penurunan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan mempunyai sebarang cadangan baharu yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 ekoran langkah yang diumumkan oleh BNM itu, beliau berkata, apa yang BNM lakukan telah memadai namun ada beberapa aku janji yang perlu kerajaan laksanakan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kita tidak nampak sebarang masalah untuk meningkatkan kadar BR1M. Ia menjadi asas untuk kerajaan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi kerana subsidi kerajaan sangat besar dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira peringkat jumlah pendapatan.

"Kita sedang meneliti bagaimana mahu merasionalisasikan subsidi dan bagaimana untuk memindahkan rasionalisasi itu kepada kumpulan sasaran melalui BR1M ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?