PAS Jangka Umum Calon Kuala Besut Selasa - Semasa | mStar

PAS Jangka Umum Calon Kuala Besut Selasa

KUALA LUMPUR: PAS dijangka mengikut jejak langkah Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Selasa ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sehingga kini parti itu sedang mempertimbangkan tiga nama yang disenarai pendek sebelum diumumkan secara rasmi menjelang penamaan calon Jumaat depan.

"InsyaAllah kita juga sedia untuk umumkan calon pada Selasa ini. Kalau bukan Selasa pun kemungkinan Rabu, tapi tidaklah lewat sangat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Menurut Mustafa Pengumuman tersebut akan dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Besut.

BN mengesahkan akan mengumumkan calon mereka Selasa ini.

Pengumuman itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut.

Pada Jumaat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat Terengganu, akibat kanser paru-paru, pada 26 Jun lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain