suria

Lelaki Bunuh Isteri & Dua Anak

Mayat tiga beranak itu dihantar ke hospital Sibu untuk bedah siasat.
Mayat tiga beranak itu dihantar ke hospital Sibu untuk bedah siasat.
Mayat tiga beranak itu dihantar ke hospital Sibu untuk bedah siasat.

SIBU: Tiga beranak yang tinggal di Pulu Li Hua Lane 1B pada Jumaat ditemui mati dalam bilik tidur utama dipercayai dibunuh bapa mereka.

Seorang lagi anak lelaki suspek selamat.

Antara yang maut adalah isteri, anak lelaki bongsu dan anak perempuan suspek.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut cuba melemaskan tiga beranak itu dengan gas memasak.

Anak sulung suspek berjaya menyelamatkan diri selepas terjun dari tingkap di tingkat 1 rumah tersebut.

Dia meminta bantuan daripada jiran berdekatan yang kemudiannya menghubungi polis kira-kira pukul 10.10 pagi.

Bapa mangsa dikatakan melarikan diri dengan sebuah kereta Hilux berwarna hitam.

Artikel Lain