suria

Ikut Undang-Undang Syariah - Ketua Ulama PAS

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata undang-undang Syariah perlu diikuti apabila proses penukaran agama hanya membabitkan sebelah pihak sahaja.

"Secara peribadi, saya fikir kita perlu ikut undang-undang Syariah apabila berkaitan perkara ini kerana ia dinyatakan dengan jelas bahawa bapa mempunyai hak untuk menentukan agama anak-anak yang masih belum mencapai akil baligh.

"Jika bapa memeluk Islam, secara automatik kanak-kanak itu akan menjadi orang Islam," katanya kepada portal berita The Mole pada Jumaat.

Mengulas mengenai bantahan bahawa undang-undang berkenaan dilihat tidak adil kepada sebelah pihak, Harun berkata: "Dalam Islam, pemerintah Allah adalah yang paling adil."

Harun mengulas mengenai isu penukaran agama kanak-kanak seperti yang terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.

Bagaimanapun kerajan menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang berkenaan untuk dikaji semula.

Selain itu Harun berharap agar undang-undang itu akan digubal berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Artikel Lain