suria

Belum Ada Keperluan Pindahkan Pelajar Malaysia Di Mesir - Hishammuddin

SEPANG: Masih belum ada keperluan untuk memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir buat masa ini kerana pihak berkuasa Malaysia akan memantau rapi situasi di negara bergolak itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Buat masa ini, tiada keperluan untuk memindahkan mereka. Maklumat tepat mengenai situasi di Mesir diperlukan sebelum kita mengambil sebarang tindakan dan membuat keputusan termasuk memindahkan pelajar-pelajar kita," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek KLIA2 di sini, Jumaat.

Hishamuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata, beliau telah diarahkan pada mesyuarat Kabinet, Jumaat untuk mengetuai segala pemantauan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Mesir terjamin.

Artikel Lain