Polis Kelantan Kenal Pasti Suspek Tembak Guru - Semasa | mStar

Polis Kelantan Kenal Pasti Suspek Tembak Guru

KOTA BARU: Polis telah mengenalpasti seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan membabitkan seorang guru di Kubang Panjang, Pasir Mas, Khamis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki itu juga disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan dikenali oleh mangsa.

Beliau memberitahu perkara itu kepad pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan Kor Kadet Polis Ke-43 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini Jumaat.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari Khamis, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher.

Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.

Jalaluddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pada majlis itu, seramai 160 pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah di semua daerah negeri ini terlibat dalam perbarisan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PM dan Cameron Lancar Projek Battersea

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM