suria

Pengurus Petronas Carigali Didakwa Terima Rasuah Lebih RM400,000

Pengurus Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Idris M Shuhud menutup muka dengan beg selepas mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan memperoleh suapan bernilai RM403,000 di Mahkamah Sesyen di sini Kuala Lumpur, Jumaat.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengurus kanan Petronas Carigali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengambil RM403,000 sebagai rasuah, yang digunakan untuk membeli dan mengubahsuai rumahnya.

Idris M. Shuhud, 47, mengaku tidak bersalah terhadap lima tuduhan rasuah dalam kapasiti beliau sebagai pengurus kanan, Hook-Up Commissioning Development Division daripada Pengarah Syarikat Penaga Orbit and Genius Response, Kamarudin Mohd Daud.

Idris dituduh menerima rasuah sebagai dorongan untuk meluluskan dokumen rasmi Petronas, penilaian tawaran teknikal dan sijil tamat perkhidmatan bagi syarikat Kamarudin.

Menurut pertuduhan, Idris telah mengambil rasuah untuk membayar rumah beliau yang telah dibeli di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan untuk pengubahsuaian.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku antara 5 Mac 2009 dan 20 Januari tahun lepas.

Beliau berdepan sehingga 20 tahun penjara atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.

Idris juga mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan pengubahan wang haram, dengan memindahkan RM385,000 melalui akaun semasa O-Vista Industries Sdn Bhd.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain