suria

DUN Terengganu Tergantung: SPR Tidak Punya Kuasa Buat Masa Ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengadakan pilihan raya negeri selepas tiada penyelesaian dapat diputuskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sekiranya keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata buat masa ini suruhanjaya berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

"SPR tidak boleh buat apa sekiranya DUN Terengganu tergantung, SPR tidak mempunyai kuasa. Namun ada tiga situasi yamg boleh menyelesaikan masalah ini. Pertama ia perlu diselesaikan di peringkat DUN, dengan kuasa Speaker," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung tarikh PRK DUN Kuala Besut di ibu pejabat SPR pada Jumaat.

Abdul Aziz berkata situasi kedua boleh diselesaikan dengan campur tangan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Sekiranya masih belum ada keputusan barulah Pilihan Raya Negeri akan diadakan," katanya.

PRK kali ini dianggap sengit kerana DUN negeri Terengganu dalam keadaan tergantung apabila kedudukan kini Barisan Nasional (BN)-16, PR-15.

Sekirannya kemenangan menyebelahi pembangkang untuk pemutusan Speaker DUN yang disandang oleh Zubir Embong bakal merubah kedudukan menjadi kedudukan 17-16 untuk membolehkan BN terus menguasai kerajaan negeri Terengganu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain