suria

Penggulingan Presiden Mesir Satu Pengajaran Kepada Malaysia - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Peristiwa penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata, detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.

Katanya, perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Hishamuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap presidennya pada Rabu. - BERNAMA

Artikel Lain