suria

Pengasas Sarawak Report Clare Brown Dilarang Memasuki Sarawak

Clare Rewcastle Brown.
Clare Rewcastle Brown.
Clare Rewcastle Brown.

KUCHING: Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak.

Brown, yang datang dari Britain, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Singapura pada pukul 1.15 petang Rabu dan dikeluarkan notis penolakan masuk oleh jabatan imigresen.

Beliau diusir pulang menggunakan penerbangan ke Singapura yang berikutnya pada pukul 3.40 petang.

Brown berkata, beliau mahu memasuki negeri itu untuk berjumpa dengan peguamnya berhubung tindakan saman yang difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Mei.

“Saya datang dalam usaha untuk melindungi diri saya dalam kes ini. Tetapi saya diberitahu bahawa saya telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak,” katanya dalam satu video temu ramah yang dirakamkan oleh Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How yang menemuinya di lapangan terbang.

Beliau menambah, ia merupakan salah guna kuasa dan proses mahkamah kerana menyekat kemasukannya ke negeri itu.

Artikel Lain