suria

Pembangkang Kutuk Penggulingan Morsi

KUALA LUMPUR: Pembangkang mengutuk tindakan penggulingan Presiden Mesir Mohamed Morsi oleh tentera Mesir.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, Pakatan Rakyat pada prinsipnya menolak penggulingan Morsi kerana mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mengharapkan masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan penggulingan Presiden itu.

Pada Pilihanraya Presiden Mesir 24 Jun 2012, Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.

Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi.

Bagaimanapun, sejak seminggu lepas ketegangan berlaku apabila berjuta rakyat Mesir menuntut Morsi meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Lewat Rabu, AFP melaporkan menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menerusi televisyen mengumumkan bahawa Morsi telah digulingkan angkatan tentera Mesir.

Abdel juga mengumumkan perlembagan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh terdekat.

Artikel Lain