Malaysia Bakal Capai Negara Maju Berpendapatan Tinggi Seawal 2018 - Najib - Semasa | mStar

Malaysia Bakal Capai Negara Maju Berpendapatan Tinggi Seawal 2018 - Najib

LONDON: Malaysia bakal menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, dua tahun lebih awal daripada tahun 2020 yang disasarkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia berada di landasan betul untuk merealisasikan sasaran ini memandangkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi mula menghasilkan kejayaan yang ketara.

"Peningkatan ranking di seluruh dunia menunjukkan Malaysia semakin memperbaiki kedudukannya. Bank Dunia meletakkan ranking kita di tempat ke-12 dalam laporan 'Doing Business Report 2013' dan tinjauan baru-baru ini menunjukkan Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi seawal 2018," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis 'Sepetang Bersama Perdana Menteri' yang disertai rakyat Malaysia di London, di Intercontinental Hotel di sini Rabu malam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan Duta Tourism Malaysia Datuk Jimmy Choo. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan