suria

Pecah Amanah: Ibu Tunggal Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku melakukan pecah amanah membabitkan hasil jualan tiket penerbangan berjumlah RM127,646.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan Rahimah Samsu, 54, membayar pampasan kepada Syarikat Iran Air sebanyak RM127,000 secara ansuran iaitu RM20,000 sebulan.

Mahkamah turut mengarahkan Rahimah, yang merupakan bekas kerani jualan syarikat penerbangan itu, dipenjara 60 bulan jika gagal membayar pampasan berkenaan.

Ibu kepada enam anak itu didakwa melakukan kesalahan pecah amanah apabila tidak menyerahkan wang hasil jualan tiket syarikat penerbangan berkenaan seperti yang diamanah kepadanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Iran Air, Blok B, Megan Avenue 2, Dang Wangi dekat sini sekitar bulan Januari hingga Mac, tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala Rahimah diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh. - BERNAMA

Artikel Lain