Jabatan Peguam Negara Pertimbang Pinda Akta SPRM Tambah Baik Kecekapan Badan Itu - Semasa | mStar

Jabatan Peguam Negara Pertimbang Pinda Akta SPRM Tambah Baik Kecekapan Badan Itu

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara pada masa ini sedang melihat untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi menambah baik kecekapan badan itu dalam menangani rasuah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, antara cadangan yang dibuat untuk menambah baik Akta berkenaan adalah dengan memasukkan satu peruntukan mengenai tanggungjawab syarikat sekiranya pekerja mereka didapati bersalah dalam rasuah.

“Kerajaan bersedia untuk mengkaji dan memperkenalkan penambahbaikan terhadap undang-undang sedia ada untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem,” katanya dalam satu jawapan bertulis.

Low turut mendedahkan terdapat seramai 1,310 orang dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan rasuah antara 2009 dan Mei 2013.

“Daripada jumlah itu, 888 orang didapati bersalah dalam pelbagai kesalahan rasuah.

“Sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan, nama-nama pesalah akan dimuat naik dalam pangkalan data di laman web SPRM,” katanya.

Low berkata, setakat Mei 2013, seramai 36 daripada 106 orang dituduh atas kesalahan rasuah didapati bersalah.

Pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli berkata, Low berdepan dengan cabaran besar bagi mengukuhkan imej SPRM di mata rakyat.

Membandingkan SPRM dengan Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah (ICAC) Hong Kong, Rafizi berkata, 68% kes berjaya didakwa oleh SPRM manakala kadar kejayaan ICAC adalah 86%.

“Perangkaan ini membuktikan bahawa rakyat masih lagi sangsi terhadap kecekapan dan kebebasan SPRM dalam mengendalikan siasatan.

“Ini dibuktikan secara fakta bahawa hanya seorang dalam setiap lima laporan SPRM diakhiri dengan siasatan lengkap. Sejumlah besar kes dikategorikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut,” dakwa Rafizi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain