Skandal Dengan Isteri Orang: Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati - Semasa | mStar

Skandal Dengan Isteri Orang: Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati

KUALA TERENGGANU: Gara-Gara disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang, seorang penjual sayur berusia 61 tahun cedera parah dilanggar dan dipukul di Kampung Pasir Minal, Kemaman pada Selasa lepas.

Mangsa meninggal dunia empat hari kemudian, iaitu pada 28 Jun, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 5 pagi dan disedari anak saudara mangsa yang terdengar warga emas itu menjerit meminta tolong berhampiran rumah mereka.

Beliau berkata selepas itu, anak saudara mangsa melihat jirannya mengejar warga emas berkenaan dengan motosikal sebelum melanggar serta memukulnya menggunakan topi keledar.

"Anak saudara mangsa yang berusia 22 tahun itu menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke Hospital Kemaman.

"Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke HSNZ, namun meninggal dunia pada kira-kira 11 malam Jumaat lepas," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Manoharan berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana suspek, 43, yang merupakan jiran warga emas berkenaan, mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan isterinya.

Beliau berkata polis berjaya menemui motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek tidak jauh dari tempat kejadian namun bahagian depan kenderaan itu sudah dibakar.

Manoharan berkata selepas kejadian itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri ke Kuala Lumpur bagi menggelak ditahan pihak berkuasa sebelum polis memberkasnya bersama seorang rakan di Hentian Putra pada kira-kira 7 malam, Sabtu.

"Suspek bersembunyi di rumah rakannya yang turut berasal dari Kemaman, namun dengan bantuan teknikal serta unit D9, kita berjaya menahan suspek dan telah dibawa pulang ke IPD Kemaman," katanya.

Suspek ditahan reman seminggu mulai Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal