suria

Setiausaha Bahagian SPR, Pengurus Syarikat Pengangkutan Didakwa Terima Rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha bahagian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa dan seorang pengurus operasi syarikat pengangkutan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Selasa kerana menerima rasuah sebanyak RM80,000.

Muhammad Firdaus Mohd Ramli, 32, dan Fizal Kamarudin@Fauzi,33, kemudian mengaku tidak bersalah di hadapan hakim, Rozilah Salleh selepas pendakwaan dibacakan terhadap mereka.

Fizal dan Muhammad Firdaus bersama-sama didakwa kerana menerima rasuah daripada pemilik Southair Travel and Tours Services, Mohd Noor Mokhid sebagai balasan untuk melantik syarikat itu sebagai penyedia pengangkutan rasmi untuk pemerhati asing semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Kesalahan itu di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, di bacakan bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Akta 547, yang membabitkan hukuman penjara tidak lebih dari 20 tahun dan denda tidak kurang daripada nilai suapan atau denda RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, sambil mengatakan bahawa kes ini adalah serius dan jumlah rasuah adalah tinggi.

Beliau juga berkata, Fizal berada di Shah Alam pada Selasa di atas dakwaan rasuah yang berasingan.

Dalam membuat rayuan untuk mengurangkan ikat jamin, peguam yang mewakili Firdaus, Datuk Salehuddin Saidin berkata, tiada seorang pun daripada tertuduh akan melarikan diri kerana Fiza menjaga anaknya yang sedang menjalani kemoterapi untuk leukemia, mankala Firdaus masih lagi berkhidmat sebagai pegawai pentadbiran diplomatik.

Beliau turut memberitahu bahawa kedua-dua pihak memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

Hakim menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang, dan menangguhkan sebutan pada 10 Julai.

Artikel Berikut

Artikel Lain