suria

Doktor Berbasikal 1,600km Merentasi Britain Untuk Dana Penyelidikan Kanser

PETALING JAYA: Beliau pernah menunggang basikal merentasi Australia sejauh 4,000 kilometer (km), dan doktor yang merupakan rakyat Malaysia itu kini memulakan satu lagi misi di Britain bagi mengumpul dana.

Kali ini, Dr Ong Wee Leong akan menunggang basikal sejauh 1,600km merentasi Britain dari Land’s End di barat daya Britain ke John o’ Groats di timur laut negara itu.

Beliau yang berusia 28 tahun dan berasal dari Alor Setar merancang untuk menjadikan inisiatifnya sebagai acara tahunan bagi meningkatkan kesedaran untuk keperluan dana penyelidikan mengenai kanser.

“Perkara ini merupakan kemahuan saya. Kanser merupakan penyakit yang sering berlaku tetapi secara amnya, dana untuk penyelidikan kanser adalah sangat terhad, termasuk di Malaysia.

“Sejak saya tidak dapat berada di Malaysia untuk menyumbang kepada penambahbaikan rawatan kanser, mengumpul dana untuk Majlis Kanser Malaysia (Makna) merupakan sesuatu yang boleh saya lakukan ketika berada di luar negara,” kata Dr Ong, yang melanjutkan pengajiannya di Universiti Cambridge.

Artikel Berikut

Artikel Lain