suria

Bekas Penjual Ikan Arowana Dijumpai Mati Di Sebuah Tokong

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bekas penjual Ikan Arowana dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala di sebuah tokong Cina berhampiran Jalan Van Praagh di sini.

Mayat Goh Kim Leong, 50, ditemui terbaring di tokong itu pada 4.10 petang dan polis menemui sepucuk pistol separa automatik dengan dua butir peluru 9 milimeter bersama satu kelongsong peluru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati Goh, yang berasal dari Teluk Bahang dan kini menetap di Batu Lanchang, meminta seorang anaknya menghantar beliau ke tokong itu.

Beliau berkata Goh kemudian menyuruh semua orang yang berada di tokong itu keluar.

"Berdasarkan siasatan awal, kami percaya Goh menembak dirinya sendiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain