suria

Tiada Masalah PRK Kuala Besut Diadakan Pada Bulan Ramadan - Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tidak menjadi masalah sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan diadakan pada bulan Ramadan.

Menurut beliau, situasi yang sama jua pernah berlaku 34 tahun lalu.

"34 tahun lalu, di tempat yang sama, tarikh yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ telah meninggal dan PRK telah diadakan pada bulan puasa.

"Banyak orang tak ingat sejarah...ini sejarah. Anda yang muda-muda ni perlu tahu sejarah," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai PRK Kuala Besut yang mungkin diadakan pada bulan Ramadan.

PRK Kuala Besut pada waktu itu diadakan juga disebabkan kematian Adunnya iaitu Zakaria Muda yang meninggal dunia pada 26 Jun 1979, tarikh sama dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar.

A. Rahman, 55, meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Pada Isnin, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian di Dewan Undangan Negeri tersebut, Jumaat ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain