suria

Semua Peranti Perubatan Perlu Didaftar – KP Kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA: Semua peranti perubatan perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan dalam tempoh dua tahun bermula hari ini (Isnin), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tempoh peralihan itu diberikan kepada pemain industri untuk menghantar permohonan mereka bagi pendaftaran peranti perubatan.

Dr Noor Hisham yang juga pengerui Penguasa Peranti Perubatan, yang bertanggungjawab kepada penguatkuasaan peraturan berkaitan peranti perubatan.

Pengumuman yang dibuat pada Isnin itu sejajar dengan Akta Peraturan Peranti Perubatan 2012, di bawah peraturan berkaitan dengan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Secara dasarnya, kita mahukan memastikan keselamatan terhadap pesakit.

“Salah satu isu berbangkit sebelum ini ialah peranti perubatan tidak mengikut peraturan dan kita tidak mahu adanya , di mana peranti perubatan yang sudah digunakan tetapi tidak dipantau mengikut standard atau penanda aras peranti tersebut.

“Jadi, Penguasa Peranti Perubatan mengambil peranan untuk memastikan semua peranti perubatan akan didaftarkan dan dilesenkan,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media di sini, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain