suria

Peningkatan Jumlah BR1M Diteliti, Ambil Kira Unjuran Kewangan Negara

Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti secara terperinci jumlah kenaikan yang bersesuaian untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mengambil kira unjuran kewangan semasa negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan menstruktur semula subsidi ke arah subsidi terarah," katanya ketika menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Ling bertanyakan bilakah kerajaan akan menunaikan janji meningkatkan jumlah pemberian BR1M dari RM500 ke RM1,200. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain