Muhyiddin Ketuai Jentera BN PRK Kuala Besut - Semasa | mStar

Muhyiddin Ketuai Jentera BN PRK Kuala Besut

Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai jentera dan kempen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Sementara itu Menteri Pendidikan II yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai timbalan bagi membantu menggerakkan jentera BN.

Pada sidang media di bangunan Parlimen, Muhyiddin berkata, BN bersedia untuk menghadapi pilihan raya bagi kawasan itu selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Selasa lepas.

"Kita sedia untuk menerima keputusan SPR mengenai kedudukan kerusi itu.

"Kita harap pengundi yang sebelum ini mengundi Allahyarham Dr Rahman akan membuat keputusan yang sama membantu (memenangkan) calon yang akan kita namakan nanti," katanya di sini, Isnin.

SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN) Kuala Besut.

Sementara itu mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Muhyiddin berkata kerajaan menyerahkan urusan berkenaan kepada badan bebas itu mengambil tindakan lanjut.

"Itu terserah kepada SPRM, kita tak boleh mencampuri urusan mereka. Kalau ada apa-apa aduan dan SPRM nak ambil tindakan...itu bidang kuasa mereka.

"Saya percaya SPR akan bersikap terbuka dan berikan kerjasama yang sepatutnya. Kedua-duanya ialah suruhanjaya...masing-masing ada bidang kuasa tersendiri," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.