Malaysia, Indonesia & Singapura Bincang Cara Kurangkan Risiko Jerebu - Semasa | mStar

Malaysia, Indonesia & Singapura Bincang Cara Kurangkan Risiko Jerebu

KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.

Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Asean (AMM) ke-46 di Bandar Seri Begawan di Brunei pada Sabtu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Singapura Dr RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.

Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-Asean, Kementerian Luar di sini hari ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

"Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu.

Semasa mesyuarat itu, ketiga-tiga menteri menyebut mengenai keadaan yang semakin baik di kawasan-kawasan yang terjejas di Sumatera di mana ia berkurangan daripada 16,500 hektar kepada 4,081 hektar.

Mereka juga mengakui bahawa setakat 28 Jun 2013, bilangan kawasan tompokan panas berkurangan kepada tujuh daripada 261 berikutan operasi pembenihan awan dan pengeboman air yang dijalankan kerajaan Indonesia selain keadaan cuaca yang baik.

"Ketiga-tiga menteri juga bersetuju bahawa perbincangan lanjut berhubung isu jerebu akan diadakan pada AMM ke-46. Dalam semangat perpaduan Asean, mereka juga bersetuju bahawa anggota keluarga Asean yang lain akan diberi maklumat terkini bagi mengikuti perkembangan isu itu yang menyelubungi ketiga-tiga negara berkenaan," menurut kenyataan itu.

Anifah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-46 di Bandar Seri Begawan mulai 29 Jun hingga 2 Julai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain