suria

Lelaki Maut Ketika Lintas Jalan Di Gombak

KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 20, Jalan Gombak di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan. Pemandu kereta cedera ringan.

"Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan pemandu kereta dirawat di hospital itu," katanya.

Siasatan polis mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. - BERNAMA

Artikel Lain