suria

IPU Kota Tinggi Kekal Sederhana, Bukit Rambai Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaraan Udara (IPU) di Kota Tinggi, Johor kekal 80 iaitu pada tahap sederhana setakat 9 pagi Ahad.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) keadaan di Bukit Rambai, Melaka terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU berkurang daripada 84 kepada 82.

Selain Bukit Rambai dan Kota Tinggi, 21 lagi kawasan mencatat tahap sederhana antaranya Pasir Gudang (72), Larkin (66), Muar (54) di Johor; Bandaraya Melaka (63) di Melaka; Port Dickson (64), Seremban (62), Nilai (58) di Negeri Sembilan; SK Jalan Pegoh (55), Seri Manjung (51) di Perak dan Putrajaya (55).

Sebanyak 28 daripada keseluruhan 52 kawasan yang dipantau JAS mencatat bacaan IPU baik antaranya Langkawi (48) di Kedah; Jerantut (25) di Pahang; Tanjung Malim (35) di Perak; Kangar (42) di Perlis; Petaling Jaya (44), Shah Alam (43) di Selangor; manakala bacaan IPU di Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing 49.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Indera Mahkota, Pahang tidak dapat direkod kerana masalah teknikal.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

Artikel Lain