suria

Nazri Mahu Jonker Walk Tidak Dibuka Kepada Kenderaan

Penjaja serta peniaga di jalan Jonker Walk terus berniaga di atas jalan raya walaupun kerajaan negeri Melaka ingin membuka laluan trafik untuk kenderaan di sini. Kerajaan negeri Melaka ingin membuka laluan di Jonker Walk kepada kenderaan untuk melancarkan laluan trafik yang sesak kerana di tutup kepada kenderaan pada hari Jumaat hingga Ahad dari 6 petang hingga 12 tengah malam. Peniaga dan penjaja terus dibenarkan berniaga dengan syarat mereka tidak berniaga di atas jalan raya kerana menganggu lalu lintas. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu jalan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Melaka terus ditutup kepada lalu lintas.

Beliau berkata keputusan membenarkan kenderaan melalui kawasan itu hanya akan menambah kesesakan jalan raya kerana perlu bersaing dengan pelancong yang berjalan kaki.

"Nama pun Jonker Walk, ia memerlukan pedestrians (pejalan kaki) berjalan bukan hanya di kaki lima. Orang mesti berjalan di atas jalan.

"Tiada sebab selepas 13 tahun baru nak fikir semula benda ni. Sudah 13 tahun orang kenal Jonker Walk. Ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau faedah kalau kita buka Jonker Walk untuk kenderaan. Ia tidak lagi jadi Jonker Walk, ia akan jadi Jonker Highway," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia di Panggung Sari, Kompleks Kraf di sini, Jumaat.

Semalam, kerajaan negeri Melaka memutuskan untuk tetap membuka laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk mulai hari ini dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas susulan rungutan pelbagai pihak termasuk pelancong dan rakyat tempatan, terutama di kawasan bandar pada hujung minggu.

Dilaporkan pembukaan laluan di sekitar Jonker Walk itu tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berharap keputusan itu dikaji semula.

"Saya telah berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka (Datuk Idris Haron), dia kata ini merupakan percubaan kerana ada permintaan supaya jalan dibuka dan benarkan kenderaan lalu.

"Tetapi selepas empat hujung minggu (tempoh percubaan), saya harap ia akan terus ditutup. Jonker Walk ialah tempat yang mesti dikunjungi di Melaka. Jadi kalau kita buka jalan itu dan benarkan kereta lalu, kalau pelancong tidak datang lagi jangan salahkan orang lain," katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Basaruddin Sadali dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab. BERNAMA

Artikel Lain