suria

MKN Isytihar Perintah Kecemasan Jika IPU Cecah 500 - Palanivel

BANTING: Majlis Keselamatan Negara akan mengisytiharkan perintah kecemasan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di mana-mana kawasan tertentu mencecah 500 dan ke atas.

Ini telah diputuskan pada mesyuarat Kabinet, Jumaat, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

"Sekolah (di kawasan di mana) bacaan IPU mencecah 200 dan ke atas juga boleh (memilih untuk) ditutup tetapi seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ia bergantung kepada daerah," kata Palanivel selepas lawatan kerja ke Pulau Kempas, di sini Sabtu.

Minggu lepas, Kementerian Pelajaran telah mengarahkan semua sekolah-sekolah di kawasan di mana bacaan IPU 300 dan ke atas ditutup.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Ahad lalu berkata ibu bapa mempunyai budi bicara untuk tidak menghantar sekolah jika mereka bimbang jerebu menjejaskan kesihatan anak-anak mereka.

Artikel Lain