suria

Presiden, Timbalan Presiden Umno Boleh Dicabar - Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjawab soalan media di Bangunan Parlimen. -fotoBERNAMA
Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjawab soalan media di Bangunan Parlimen. -fotoBERNAMA
Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjawab soalan media di Bangunan Parlimen. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Mengesahkan perkara tersebut, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masor berkata, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti.

"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.

"Hanya daftarkan diri...semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Isu mengenai pertandingan membabitkan kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu mula ditimbulkan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang dilaporkan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.

Cadangan itu disambut baik oleh kepimpinan Umno termasuk sayap parti itu.

Bagaimanapun terdapat juga pandangan yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaako yang tidak mahu Umno menjadi parti yang eksklusif.

Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.

Artikel Lain