suria

Devamany Dipilih Sebagai Speaker DUN Perak Dengan 31 Undi

Devamany mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh, Jumaat. Foto RONNIE CHIN / THE STAR

IPOH: Naib Presiden MIC, Datuk K. Devamany telah terpilih sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-13, menewaskan calon Pakatan Rakyat, S.Sivakumar pada pemilihan yang berlangsung tadi.

Devamany memperolehi 31 undi manakala Sivakumar 28 undi.

Devamany adalah bekas calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Sungai Siput tetapi tewas kepada calon Pakatan.

Beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput buat pertama kali tewas kepada penyandang kerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memenanginya atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 2, 793 undi.

Sementara itu untuk jawatan timbalan speaker pula, calon BN iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasarudin Hashim turut memperolehi 31 undi mengalahkan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Abdul Yunus Jamahri yang mendapat 28 undi.

Artikel Lain