suria

Seluruh Sarawak Alami Gangguan Bekalan Elektrik

Bandaraya Kuching bergelap disebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh Sarawak sejak petang Khamis. - fotoBERNAMA

KUCHING: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku kira-kira 5.50 petang di seluruh Sarawak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala.

Difahamkan, sumber rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus.

Pada pukul 7 malam, bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan kembali pulih tetapi gangguan elektrik di kebanyakan kawasan masih belum dapat diselesaikan.

Sarawak Energy Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dihadapi para pelanggan akibat gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

"Jurutera dan juruteknik kami sedang berusaha untuk memulihkan gangguan tersebut secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

Artikel Lain