Nasib Kanak-Kanak Mangsa Dera Diputuskan Selepas Siasatan Selesai - Semasa | mStar

Nasib Kanak-Kanak Mangsa Dera Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

KUALA TERENGGANU: Hak penjagaan tiga beradik yang dipercayai mangsa dera bapa tiri akan diputuskan selepas siasatan mengenai kes itu selesai, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Zuhaimi Omar.

Katanya pada masa ini tiga kanak-kanak berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

"Kita masih menunggu laporan dari pihak hospital berhubung kes berkenaan dan kita tunggu sehingga kanak-kanak malang itu selesai menjalani rawatan sebelum keputusan dibuat.

"Jika tiada apa-apa masalah kita akan serahkan mereka kepada keluarga terdekat atau ibu mereka namun ia bergantung kepada keputusan siasatan kes itu," katanya.

Bagaimanapun katanya, jika JKM mendapati keluarga terdekat kanak-kanak berkenaan tidak mampu menjaga mereka, JKM mungkin menempatkan tiga beradik terbabit di rumah perlindungan kanak-kanak.

Menurutnya JKM telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga terdekat serta kanak-kanak terbabit dua hari lepas.

Isnin lepas pihak berkuasa menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dikurung dan dibiar kelaparan selama beberapa hari di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.

Susulan itu polis berjaya menahan sepasang suami isteri selain menyelamatkan dua lagi kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia lima dan dua tahun lima bulan pada hari berikutnya.

Kedua-dua kanak-kanak itu yang merupakan adik kepada mangsa pertama turut mempunyai kesan dera. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

NFC Saman Rafizi & MalaysiaKini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?