suria

Kualiti Udara Makin Pulih, Hanya Nilai Catat Paras Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih apabila hanya Nilai di Negeri Sembilan masih mencatatkan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 3 petang Khamis.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merekodkan bacaan 127 berbanding 135 pada pukul 12 tengah hari.

Sementara 29 kawasan lain mencatatkan paras IPU sederhana berbanding 30 kawasan pada pukul 12 tengah hari Khamis.

Kawasan itu antaranya ialah Bukit Rambai (100), Bandaraya Melaka (81) di Melaka, Kota Tinggi(75), Larkin Lama (70), Muar (71), Pasir Gudang (81) di Johor, Port Dickson (76), Seremban (77) di Negeri Sembilan, Tanjung Malim (61) di Perak, Kuala Selangor (52), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (79), Shah Alam (70), Banting (97) di Selangor dan Putrajaya (79).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

Artikel Lain