Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA - Semasa | mStar

Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA

KOTA BARU: Tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini turut dijual 'ulat tiket' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Rabu.

Skuad The Red Warriors bakal bertemu Harimau Selatan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 8.45 malam.

Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ada segelintir individu cuba mengaut keuntungan tinggi apabila menjual tiket pada harga RM60 berbanding harga asal RM40 dan harga itu dijangka meningkat menjelang perlawanan pada Sabtu ini.

Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pembeli, mendapati 'ulat tiket' melakukan operasi mereka pada waktu pagi dan difahamkan sehingga malam dengan menjadikan gerai menjual pakaian di sekitar perkarangan stadium sebagai tempat beroperasi.

Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Min dari Tumpat kesal kerana Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak memantau kegiatan haram itu.

"Ketika tiket dijual semalam (Selasa), saya antara penyokong yang datang awal beratur untuk mendapatkan tiket. Saya beratur sejak awal pagi bersama beberapa rakan tetapi kecewa kerana tidak sampai 15 minit kaunter dibuka, pengurusan Kafa umumkan tiket habis dijual.

"Hari ini, ketika sedang makan tengah hari di sebuah gerai di perkarangan stadium, saya nampak ada segelintir individu bukan sahaja menjual tiket secara haram malah pada harga tinggi untuk mengaut keuntungan," katanya.

Pada Selasa, kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang menunggu seawal 6 pagi berang apabila tiket diumumkan habis dijual dalam masa 15 minit.

Sementara itu, Presiden Kafa yang digantung Tan Sri Annuar Musa menulis di laman sosial Facebooknya bahawa beliau kesal dengan tindakan persatuan itu yang terus melayan permintaan daripada kelab penyokong yang membeli secara pukal walaupun tarikh tamat untuk tempahan tiket ialah pada 15 Jun lepas.

Anggota parlimen Ketereh itu turut dukacita kerana cadangan beliau supaya sekurang-kurangnya 8,000 tiket disimpan untuk jualan terbuka tidak dipatuhi Kafa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain