suria

Selepas Jerebu Kini Krisis Air Pula Menjelma

PETALING JAYA: Mula-mula negara mengalami masalah jerebu, kini masalah itu diikuti dengan kebimbangan kekurangan bekalan air pula.

Permintaan bagi air terawat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah meningkat akibat jerebu, yang mana ia sudah berada pada tahap rendah.

Pada petang Selasa, timbul harapan untuk jerebu kembali pulih apabila terdapat guruh dan kilat yang menandakan hujan lebat akan turun tetapi apa yang berlaku hanyalah hujan renyai-renyai di Selangor dan Kuala Lumpur.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata permintaan bagi air terawar telah melonjak kerana orang ramai minum lebih banyak air dan lebih kerap membersihkan diri mereka.

Jerebu, yang bergabung dengan musim kering semasa dan bakal berlanjutan sehingga September, telah menyebabkan purata paras rizab pada 34 loji pengagihan air syarikat itu jatuh daripada 0.54 peratus pada bulan lepas kepada -0.64 peratus, Selasa.

Angka ini adalah di bawah 10 peratus minimum "aras selamat" yang diperlukan untuk menjamin bekalan berterusan.

Pembantu Pengurus Besar Komunikasi Korporat Syabas Priscilla Alfred berkata pengguna di bahagian Gombak dan Kuala Lumpur telah mula mengalami penurunan tekanan air sejak Selasa kerana tahap rizab berada pada paras negatif.

"Jerebu ini telah berlaku pada masa musim kering yang luar biasa tahun ini dan ia memburukkan keadaan bekalan air terawat secara keseluruhan," katanya.

Tahun lepas, 3,508,245 penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengalami gangguan disebabkan bekalan air yang tidak mencukupi dan mencatat angka 2,914,820 pada akhir bulan lepas.

Artikel Lain