suria

NFC Saman Rafizi & MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) telah memfailkan saman undang-undang terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dan Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini di Mahkamah Tinggi Mahkamah Kuala Lumpur pada 3 Jun 2013.

Saman itu adalah sebagai ganti rugi yang dialami oleh plaintif akibat daripada pembohongan, maklumat mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rabu.

Pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi Ramli membuat dakwaan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR bahawa lapan pinjaman telah dibuat untuk membeli hartanah KL Eco City dengan meletakkan deposit pinjaman kerajaan di bank.

Pada sidang akhbar itu, Rafizi Ramli telah menyebarkan maklumat sulit perbankan daripada Public Bank Berhad yang melanggar peraturan BAFIA untuk menyokong pembohongan dan putar belit beliau.

Rafizi Ramli mendakwa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mempunyai jumlah tidak seberapa dalam akaun bank beliau tidak layak untuk telah mendapatkan pinjaman.

Artikel Lain