Semua Sekolah Di KL, Putrajaya & Selangor Dibuka Semula Esok - Semasa | mStar

Semua Sekolah Di KL, Putrajaya & Selangor Dibuka Semula Esok

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup pada Isnin berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif.

Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.

"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Sufaat berkata semua sekolah yang terlibat dengan penutupan sementara akibat jerebu itu perlu mengadakan kelas ganti dan ia akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain