suria

Kualiti Udara Di Johor Semakin Baik

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johor menurun secara drastik di beberapa daerah terutama di Muar yang mencapai bacaan 750 pada Ahad.

Bacaan terkini yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Muar merekodkan IPU 148 pada pukul 7 pagi Isnin.

Sementara itu Larkin Lama mencatatkan bacaan 111, Pasir Gudang 83, dan Kota Tinggi 78.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang berikutan bacaan IPU melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Artikel Lain