suria

Jerebu: Sekolah Di Kuantan Dibuka Semula Selasa, Tiada Aktiviti Luar

KUANTAN: 128 sekolah rendah dan menengah di sini akan dibuka semula pada Selasa tetapi tidak ada aktiviti luar untuk para pelajar.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Rosdi Ismail berkata, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan kepada semua sekolah yang terlibat dengan keadaan jerebu.

Pada Ahad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah-sekolah di daerah ini ditutup pada hari Isnin kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuantan mencapai tahap tidak sihat.

Sehingga pukul 11 pagi Isnin, bacaan IPU untuk Balok Baru dan Indera Mahkota di sini adalah 191 dan 166, berada di zon yang tidak sihat.

Artikel Lain