suria

Jarak Penglihatan Merosot Kepada 1km Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Jarak penglihatan di Pulau Pinang menurun kepada satu kilometer walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu berada pada tahap sederhana.

Menurut Jabatan Meteorologi, jarak penglihatan di Bayan Lepas adalah 5km pada pukul 9.30 petang dan setakat 1 petang ia menurun kepada 4km.

IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Universiti Sains Malaysia merekodkan bacaan 70 (7pagi) kepada 71 pada pukul 11 pagi.

Selain itu, Seberang Jaya 2 dan Prai masing-masing kekal pada bacaan 79 dan 72.

Di utara semenanjung, bacaan IPU di Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah meningkat daripada 75 kepada 77.

Peningkatan turut direkodkan di Alor Star iaitu daripada 63 kepada 64 pada pukul 11 pagi.

Bacaan IPU di Kangar, Perlis kekal pada tahap sederhana iaitu 63 pada pukul 11 pagi.

Artikel Lain